Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan... :)
Dalam 'Entry' sebelum ini, kami telah menerangkan tentang lukisan Ortografik, 'Entry' kali ini pula kami akan menerangkan kepada kawan-kawan tentang APA ITU LUKISAN ISOMETRI..
Lukisan Isometri
Konsep
- Isometri bererti simetri.
- Garisan yang selari dengan paksi isometric dinamakan garisan isometri.
- Rataan atau permukaan yang selari dengan paksi isometri dinamakan rataan isometri.
- Bagi pandangan isometri, objek dipegang condong pada suatu sudut
Ciri Lukisan Isometri
- Lukisan isometri adalah lukisan yang mempunyai pandangan 3 sisi yang dapat dipandang iaitu panjang, lebar dan tinggi.
- Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, paksi Y dan paksi Z.3. Paksi X dan paksi Y adalah condong 30º dari paksi mendatar. Manakal paksi Z adalah paksi yang menegak.
Terdapat tiga jenis paksi isometri iaitu:
i) Paksi biasa
Menunjukkan butiran isometri di sebelah atas permukaan objek dengan lebih jelas. Garisan isometri dilukis bersudut 30°dengan garisan mengufuk dan titik x adalah titik terendah
ii) Paksi Panjang
Satu daripada paksi isometri adalah selari dengan garisan mengufuk. Garisan condong dilukis 120°daripada garisan mendatar. Sesuai untuk mengambarkan objek yang berbentuk panjang.
iii) Paksi Terbalik
iii) Paksi Terbalik
Dilukis dengan isometri paksi terbalik dapat menunjukkan butiran isometri di sebelah bawah permukaan objek dengan lebih jelas. Dilukis bersudut 30°dengan garisan mengufuk
Cara melukis lukisan isometri
Bina paksi isometriCara melukis lukisan isometri
Langkah 2 :
Pindahkan / lukiskan objek mengikut arah pandangan iaitu pandangan atas (pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan.Bentukkan lukisan mengikut objek isometri.
1 comments:
Slots Casino Mobile App: Download for Android (.apk
Play some of the greatest slots 남양주 출장안마 casino games on 거제 출장마사지 the Android mobile device! Slots Casino is 나주 출장안마 an 안동 출장마사지 app on top 전주 출장안마 of your devices and offers you an exciting
Post a Comment