LUKISAN ORTOGRAFIK




DAN

SALAM SEJAHTERA KAWAN-KAWAN... =)

DI DALAM ENTRY KALI INI KAMI AKAN MENERANGKAN KEPADA KAWAN-KAWAN TENTANG 

APA ITU LUKISAN ORTOGRAFIK??

JOM KITA BELAJAR... =)

Pengenalan:
  •  Untuk pengetahuan anda semua, lukisan unjuran ortografik adalah lukisan 2 dimensi yang selari dengan paksi x dan paksi y.
  •  Anda perlu melukis menggunakan kaedah unjuran di mana objek diukur dengan 2 ukuran iaitu lebat dan tinggi serta panjang dan tinggi.
  •  Sudut pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan yang bersudut tepat dengan objek.
  • Anda juga harus tahu bentuk lengkung dan sudut yang berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan.

Lukisan Unjuran Ortografik


Unjuran Sudut Pertama

Kami akan mendedahkan kepada anda cara untuk mengetahui arah pandangan dalam unjuran sudut pertama. Sebelum itu, anda perlu mengetahui di dalam unjuran sudut pertama kesemua satah bertemu antara satu sama lain pada sudut tepat

Pandangan Hadapan
  • Anda harus melihat objek dari depan untuk mendapatkan pandangan hadapan yang betul. Selepas itu, anda perlu mengunjurkan bentuk bahagian objek ke belakang hingga mengenai satah menegak hadapan.

Pandangan atas/pelan
  • Anda dapat mengetahui pandangan atas/pelan dengan melihat dari atas objek. Bahagian-bahagian yang kelihatan perlu diunjurkan menegak ke bawah objek hingga mencecah satah mengufuk.

Pandangan sisi
  •  Pelajar mesti mengetahui pandangan sisi diambil dari sebelah kiri objek. Bentuk objek harus diunjurkan ke sebelah kanan objek hingga mengenai satah menegak sisi.

Tentu sukar bukan tanpa melihat contohnya. Jangan risau kami ada menyediakan contoh lukisan ortografik unjuran pertama di bawah.







Unjuran Sudut Ketiga
  • Anda perlu memastikan objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga.
  • Untuk menghasilkannya, anda harus membayangkan satah-satah seperti diperbuat daripada bahan  lut cahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah-satah utama.
  •  Ketiga-tiga arah pandangan mesti diunjurkan ke hadapan objek hingga mengenai dinding satah.



Gambar-gambar yang kami sertakan di atas merupakan contoh unjuran sudut ketiga boleh dijadikan panduan kepada anda untuk lebih mudah memahami unjuran ini. Selain itu, anda juga dapat mempelajari tutorial untuk menghasilkan unjuran sudut ketiga dengan melihat video yang telah kami hasilkan di ruangan video di atas.








S