LUKISAN ISOMETRI

DAN

SALAM SEJAHTERA KAWAN-KAWAN... =)

DI DALAM ENTRY KALI INI KAMI AKAN MENERANGKAN KEPADA KAWAN-KAWAN LUKISAN KEJURUTERAAN SETERUSNYA IAITU LUKISAN ISOMETRI.

APA ITU LUKISAN ISOMETRI??

JOM KITA BELAJAR... =)



Lukisan Isometri  

Konsep
  • Isometri bererti simetri.
  • Garisan yang selari dengan paksi isometric dinamakan garisan isometri.
  • Rataan atau permukaan yang selari dengan paksi isometri dinamakan rataan isometri.
  • Bagi pandangan isometri, objek dipegang condong pada suatu sudut
        
 Ciri Lukisan Isometri

  • Lukisan isometri adalah lukisan yang mempunyai pandangan 3 sisi yang dapat dipandang iaitu panjang, lebar dan tinggi.
  • Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, paksi Y dan paksi  Z.
  • Paksi X dan paksi Y adalah condong 30ยบ dari paksi mendatar. Manakal paksi Z adalah paksi yang menegak.



Paksi Lukisan Isometri
Terdapat tiga jenis paksi isometri iaitu:

i) Paksi biasa

Menunjukkan butiran isometri di sebelah atas permukaan objek dengan lebih jelas. Garisan isometri dilukis      bersudut 30°dengan garisan mengufuk dan titik x adalah titik terendah


ii) Paksi Panjang

Satu daripada paksi isometri adalah selari dengan garisan mengufuk. Garisan condong dilukis 120°daripada garisan mendatar. Sesuai untuk mengambarkan objek yang berbentuk panjang.



iii) Paksi Terbalik

Dilukis dengan isometri paksi terbalik dapat menunjukkan butiran isometri di sebelah bawah permukaan objek dengan lebih jelas. Dilukis bersudut 30°dengan garisan mengufuk



Cara melukis lukisan isometri
        

Langkah 1 :
Bina paksi isometri


        
Langkah 2 :
Pindahkan  / lukiskan objek mengikut arah pandangan iaitu pandangan atas (pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan.


       
Langkah 3 :
Lukiskan garisan unjuran untuk memudahkan melukis objek.




Langkah 4 :
Bentukkan lukisan mengikut objek isometri.