JAWAPAN SOALAN TUTORIAL


JAWAPAN SOALAN ORTOGRAFIK

1.
2.
3.


JAWAPAN SOALAN ISOMETRIK
1. D
2. C
3. B
4. A

 



JAWAPAN SOALAN OBLIK
1. D
2. B
3. A
4. C
5. B
 6.

Soalan Tutorial Lukisan Oblik

Soalan tutorial lukisan oblik

1. Lukisan oblik juga dikenali sebagai
       A. Unjuran sudut pertama                            C. Unjuran simetri
       B. Unjuran sudut ketiga                               D. Unjuran serong





2. Gambar rajah diatas menunjukkan paksi yang terdapat di dalam lukisan oblik. Yang manakah merupakan jawapan bagi kotak kosong berdasarkan rajah.
                 A. Paksi oblik                            C. Paksi simetri
                 B. Paksi surut                            D. Paksi dimensi



3. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada lukisan oblik ?
     I. mempunyai satu sudut kedalaman pada paksi ( 300, 450, atau 600 )
    II. satu daripada permukaannya selari dengan satah bersudut tegak.
  III. Objek tidak boleh diputarkan pada sudut tertentu.
  IV. Sesuai dengan objek yang panjang dan ketepatan bahagian unjuran tidak berkadaran.
                 A. I dan II                            C. III dan IV
                 B. II dan III                         D. semua di atas.



4.  Antara berikut yang manakah merupakan kelas bagi lukisan oblik ?
                 A. Oblik kavalier
                 B. Oblik Kabinet
                 C. Oblik Am
                 D. Unjuran Oblik



5. Apakah yang dimaksudkan dengan kelas unjuran Kabinet?
                  A. Lukisan menggunakan ukuran sebenar pada bahagian satah dan unjuran.
                  B. Lukisan menggunakan ½ daripada ukuran sebenar.
                  C. Lukisan menggunakan ¾ daripada ukuran sebenar.
                  D. Lukisan yang tidak menggunakan sebarang ukuran pada bahagian satah dan unjuran.


6.Lukiskan rajah berikut kepada lukisan oblik unjuran kavalier, unjuran kabinet dan oblik am.


                                   


 -SELAMAT MENJAWAP-
Jawapan boleh rujuk di halaman jawapan

Soalan Tutorial Ortografik

SOALAN

Lukiskan kesemua rajah di bawah kepada lukisan ortografik unjuran sudut ke tiga :-


 1.

 
2.

3.





-Selamat Menjawab-

Jawapan boleh semak di Halaman Jawapan

Soalan Tutorial Lukisan Isometri

Soalan tutorial Lukisan Isometri

1. Lukisan isometri mempunyai beberapa jenis paksi untuk melukis objek iaitu :
    i. Paksi biasa
    ii. Paksi pendek
    iii. Paksi panjang
    iv. Paksi terbalik
A. I dan II           C. I, II dan III
B. I dan III          D. I, III dan IV

2. Ciri bulatan di dalam lukisan isometri dipanggil
A. Sfera             C. Elips
B. Hemisfera      D. Bulatan dalam kiub


3. Berapakah ukuran darjah bagi sesebuah lukisan isometri ?
A. 150              C. 450
B. 300              D. 600


4. Objek diputarkan pada sudut tertentu mengikut kumpulan, yang manakah merupakan unjuran yang benar dalam lukisan isometri ?
A. Unjuran Dimetri                C. Unjuran sudut pertama
B. Unjuran Trigonometri        D. Unjuran sudut ketiga


5. Lukiskan objek di bawah di dalam bentuk lukisan isometri.

TUTORIAL

VIDEO



Tutorial melukis lukisan ortografik unjuran sudut ketiga


# diharapakan dengan video ini dapat membantu anda melukis dengan betul :-)


TUTORIAL

TUTO

VIDEO

VIDEO

LUKISAN OBLIK

Lukisan Oblik
Apakah itu lukisan Oblik??
·         Lukisan  ini merupakan satu lagi kaedah yang dapat menunjukan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan.
·         Mempunyai banyak persamaan dengan Lukisan Isometrik  kerana imej yang dilukis adalah dalam 3 dimensi.
·         Lukisan ini juga dikenali sebagai unjuran serong.

TAHUKAH ANDA???
lukisan ini banyak di aplikasikn dalam permainan video 2D....????
Jika  anda perasan dari imej permainan  video di atas, apa yang di katakana ianya OBLIK???

Tahu kah  Kenapa????
Kerana satu daripada permukaanya selari  bersudut tegak. Jika di pendekkan cerita...anda hanya ingat 1 tips ini....kebiasaanya 1 sudut mewakili sudut 90 darjah, manakala 1 lagi adalah sudut  30, 45, 60 darjah. Seperti imej binaan diatas atau tiang tersebut..ianya adalah 90 dan 30 darjah.
Jika anda masih tidak faham,..anda boleh rujuk  cntoh di bawah ini:-

Rajah 1.0
Satu sudut kekal akan sudut 90 darjah, manakala satu lagi sudut boleh brtukar..mengikut syarat yang diberi.

Belum habis lagi....

Lukisan oblik juga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-



LUKISAN ORTOGRAFIK



DAN
SALAM SEJAHTERA KAWAN-KAWAN... =)


Dalam 'Entry' kali ini, kami akan menerangkan kepada kawan-kawan
APA ITU LUKISAN ORTOGRAFIK...
 Jom kita belajar....

Pengenalan

1. Lukisan Unjuran Ortografik adalah;
·                             Lukisan 2 dimensi yang selari dengan paksi x dan paksi y.
·                             Objek diukur dengan 2 ukuran;
§  Lebar dan Tinggi
§  Panjang dan Tinggi
·        2.  Dilukis menggunakan kaedah unjuran.
·        3.  Sudut pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan yang bersudut tepat
   dengan objek.
·        4.  Bentuk lengkung dan sudut yang berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan akan diperoleh.

     KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK
    
1. Unjuran Ortografik berdasarkan 3 konsep utama iaitu;
·                          a)  Arah Pandangan
·                          b)  Satah Unjuran
·                          c)  Objek yang Dilukis
      
                 Konsep Arah Pandangan     
    
        Pandangan Hadapan dihasilkan pada satah unjuran hadapan objek.

              Setiap pandangan memerlukan satu satah unjuran.
        Pandangan Atas ialah satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek dan satu

              lagi pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut.
              Pandangan sisi kanan diperlukan untuk melengkapkan gambaran penuh sesuatu objek.
     i.                           Konsep Satah Unjuran
·
                  
Satah unjuran utama terdiri daripada 2 jenis iaitu;
§  Satah Tegak
§  Satah Mengufuk
·                          Satah unjuran ini menghasilkan 4 sukuan.

     i.                          Konsep Objek yang Dilukis
·                                   Objek adalah;
§  Benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga.
§  Mempunyai beberapa bentuk untuk mendapatkan setiap pandangan.

       Pelan / Pandangan Atas
                        Menunjukkan bahagian atas sesuatu objek.
                        Sudut pandangan yang dipilih masih mengutamakan arah pandangan yang dapat
                  menunjukkan bentuk-bentuk objek dengan garisan nyata.
                        Pandangan dari arah atas dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek.

       Hadapan
                      Pandangan Hadapan dipilih berdasarkan:    
                      Arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhan sesuatu objek.
    
                         Arah yang boleh menampakkan bahagian-bahagian objek secara terus.


       Sisi
                      Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya  
                Mewakili dimensi lebar dan tinggi objek.
  
                Bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian-bahagian objek
                yang lebih banyak garisan nyata.




















LUKISAN ISOMETRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan... :)
Dalam 'Entry' sebelum ini, kami telah menerangkan tentang lukisan Ortografik, 'Entry' kali ini pula kami akan menerangkan kepada kawan-kawan tentang APA ITU LUKISAN ISOMETRI..



Lukisan Isometri  


Konsep
  • Isometri bererti simetri.
  • Garisan yang selari dengan paksi isometric dinamakan garisan isometri.
  • Rataan atau permukaan yang selari dengan paksi isometri dinamakan rataan isometri.
  • Bagi pandangan isometri, objek dipegang condong pada suatu sudut
        
 Ciri Lukisan Isometri


  • Lukisan isometri adalah lukisan yang mempunyai pandangan 3 sisi yang dapat dipandang iaitu panjang, lebar dan tinggi.
  • Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, paksi Y dan paksi  Z.3.   Paksi X dan paksi Y adalah condong 30ยบ dari paksi mendatar. Manakal paksi Z adalah paksi yang menegak.





Paksi Lukisan Isometri
Terdapat tiga jenis paksi isometri iaitu:

i) Paksi biasa
Menunjukkan butiran isometri di sebelah atas permukaan objek dengan lebih jelas. Garisan isometri dilukis      bersudut 30°dengan garisan mengufuk dan titik x adalah titik terendah




ii) Paksi Panjang
Satu daripada paksi isometri adalah selari dengan garisan mengufuk. Garisan condong dilukis 120°daripada garisan mendatar. Sesuai untuk mengambarkan objek yang berbentuk panjang.





iii) Paksi Terbalik
Dilukis dengan isometri paksi terbalik dapat menunjukkan butiran isometri di sebelah bawah permukaan objek dengan lebih jelas. Dilukis bersudut 30°dengan garisan mengufuk





Cara melukis lukisan isometri
        


Langkah 1 :
Bina paksi isometri


        
Langkah 2 :
Pindahkan  / lukiskan objek mengikut arah pandangan iaitu pandangan atas (pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan.




       
Langkah 3 :
Lukiskan garisan unjuran untuk memudahkan melukis objek.





Langkah 4 :
Bentukkan lukisan mengikut objek isometri.









HALAMAN UTAMA

DAN

SALAM SEJAHTERA KAWAN-KAWAN... =)

SELAMAT DATANG KE BLOG REKABENTUK BERKOMPUTER

BLOG INI DIHASILKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PENERANGAN DAN MENGAJAR KAWAN- KAWAN TENTANG LUKISAN KEJURUTERAAN...

DI DALAM BLOG INI KAMI AKAN MENERANGKAN KEPADA KAWAN-KAWAN TENTANG JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN IAITU :


1. LUKISAN ORTOGRAFIK
2. LUKISAN ISOMETRI
3. LUKISAN OBLIK

SEBELUM KITA MEMULAKAN SESI PEMBELAJARAN KITA, KAWAN-KAWAN MEMERLUKAN PERALATAN MELUKIS UNTUK MELUKIS LUKISAN KEJURUTERAAN.

ALAT-ALAT MELUKIS YANG DIPERLUKAN IALAH :

PENSIL


PEMADAM


PEMBARIS


KERTAS LUKISAN


PAPAN LUKISAN


SESIKU T